Sunday, August 10, 2008

Meraikan Konvokesyen IKM TSYA Pekan

2 Ogos 2008 .. aku hadiri konvokesyen IKM TSYA Pekan di Dewan Konvensyen Pekan. Aku hadir untuk meraikan kejayaan anakku. Namun bila saja nampak aku teman-teman terus menyuruh aku duduk di barisan hadapan tetamu. Jadilah aku dan isteri sebagai tetamu khas, sedangkan aku dan isteri sebenarnya hadir sebagai ibubapa graduan ... Semoga majlis-majlis seperti ini dapat memberi pengiktrifan kepada aliran kemahiran negara. Tahniah anak-anak nusa ...

Wednesday, August 6, 2008

Kampus Baru GMI ... Anak Didik

Aku berpeluang melawat kampus baru GMI di Bangi pada 3 Ogos 2008. Kampusnya lebih baik dan lebih menarik berbanding kampus lamanya di Cheras. Sebenarnya aku menghantar anak sulungku menyambung pengajiannya di sini ... dengan keadaan yang begini cantik aku berharap agar beliau dapat menruskan pengajiannya dengan baik dan sehingga ke peringkat ijazah ataupun lebih tinggi. Dalam aku merayau-rayau di kampus ini aku ditegur pula oleh seorang bekas pelatih ILP Kuantan...Zaharin Zakaria ... menyambung pelajaran diperingkat diploma dalam bidang Tool & Die. Dah dalam semester 4 ... Syabas anak muda ..
.

Sunday, July 27, 2008

Belut, Keli, Haruan, Puyu Dari Pekan

Semasa berjalan-jalan di tapak pasar tani, pasar malam, pasar harian di Rembau ternampak ada seorang peniaga menjual ikan keli, ikan haruan, ikan puyu dan belut hidup. Namanya Minhat. Aku tanya dia sama ada ikan-iakn tu bela atau ditangkap .."tangkap kat Pahang" katanya .... "Pahang kat mana?' tanyaku lagi, "Pekan" jawabnya ringkas. "Pekan kat mana?" aku mula teruja .... "Paloh Hinai, Nenasi, Ganchong, Padang Rumbia " Tak kusangka ikan-ikan itu ditangkap tidak jauh dari rumahku. Namun jauh disudut hati ... aku gembira juga produk negeri Pahang dipasarkan di Rembau Negeri Sembilan.



Friday, July 25, 2008

Anak-anak Didikku ...

Kehadiranku ke ILP Pedas membawa kepada pertemuan beberapa orang anak didikku, bekas pelajar ILP Kuantan. Mereka menyambung pelajaran di ILP Pedas dan ada juga yang datang CIAST. Yang menjadi keterujaanku apabila mereka melemparkan senyuman dan datang berdekatan lalu bersalaman denganku. Ya Allah aku bersyukur ]kepadamu yang telah menjadikan diriku warga pendidik yang menyumbang untuk pembangunan modal insan. Semoga sumbanganku yang sedikit memberi impak yang besar kepada mereka, keluarga mereka, nusa, manusia sejagat ... dan semoga Ya Allah mendapat keredhaanMu ....




























Wednesday, July 23, 2008

Jumpa Sahabat

Hari kedua bertugas aku dah merayap mencari En. Tukinan dan En. Said. Jumpa mereka di Smart Auto Jalan Langkasuka. Di situ juga berjumpa dengan 3 orang usahawan yang berminat untuk menyertai SLDN. Alhamdulillah ... dipermudahkan tugasan ku. Lepas tu, mereka ajak pergi makan tauhu goreng di gerai Cincin Emas A. Rahman Onn. Mula-mula tu ingatkan saja-saja je nama tu .. rupanya dapat pula berjumpa dengan orangnya. Hari berikutnya pula aku ke ILP Pasir Gudang. Jumpa dengan En. Azian dan Megat. Sebelum tu singgah minum di Kebayan berdekatan ILP Pasir Gudang. Di sana pula terjumpa seorang sahabat yang sudah lama tidak ketemu. Dia masih ingat akan perpisahan yang dulu itu kerana aku pergi Jepun. Tahun 1990 tu ... sekarang 2008 ...hampir 18 tahun tu ... beliau masih ingat ... Seorang sahabat yang banyak membantu aku mengimarahkan surau ILP Pasir Gudang. Kata beliau itulah latihan beliau berhadapan dengan orang ramai ... mengajar. Beliau pencen awal ...tumpu kepada pengajian dan kursus haji. Lantas terus ku zahirkan hasratku... Katanya jika ada kesempatan beliau boleh memberi ceramah motivasi haji jika ada teman-teman yang nak menunaikan haji ... Ya Allah ...Yang Maha Pengasih ... Yang Maha Penyayang ....Keinginanku, hasratku bertambah tebal ... Sampaikanlah Ya Allah ... hasrat dan cita-citaku yang baik. Sahabatku, Imam Zaini ... Imam Masjid Air Biru Pasir Gudang memohon diri setelah beliau membayar sarapanku dan Samsul. Dia berlalu dengan Proton Perdana ... bukan lagi vespa ...

Monday, July 21, 2008

Kembali Bertugas

Setelah bersantai bersama keluarga selama seminggu di Pekan, kini aku kembali bertugas di Johor Bahru. Bergerak dari rumah kira-kira jam 5 petang aku meneruskan perjalanan ke Johor tanpa henti. Sampai di Pusat Bandar Pasir Gudang kira-kira jam 9:30 malam. Solat jamak Isyak dan Maghrib di masjid di Pusat Bandar ini. Kemudian makan nasi goreng USA di Restoran Sasa. Lepas tu ke rumah adik ipar di Kota Masai. Tumpang bermalam di rumahnya. Dia bercerita mulai besok beliau akan bekerja di kilang membuat kotak, bahagian maintenance. Mungkin kerja sambilan di JPA3 terpaksa dihentikan. Sambil tu meninjau-ninjau kerja lain yang lebih kukuh.
Pagi-pagi lagi aku dah gerak. Lepas sembahyang subuh terus ke pejabat di Bangunan KWSP Johor Bahru. Bertemu dengan staf-staf yang ku tinggalkan selama 3 bulan. Ada 3 orang staf baru. Pejabatku juga semakin cantik. Ada hiasan bunga hidup, disamping taman mini dengan alunan aliran air. Pantri juga semakin menarik.
Kumulakan semula tugas dengan mesyuarat khas. Alhamdulillah sepanjang peninggalanku mereka telah mengurus perjalanan pejabat dengan baik. SLDN juga menghampiri sasaran. Kini SLDN akan dibincangkan semula oleh ku. Berbagai isu kan ku hadapi. Sempat juga aku melawat 2 buah syarikat yang menjalankan SLDN. Ajla juga memaklumkan akan ada pertambahan dalam SLDN. Besok ada taklimat SLDN di MPC Johor Bahru, Khamis kena jumpa Tok Wan di Kolej Yayasan Melaka .... aku mula sebok .... bila agaknya aku boleh hadir ke UTHM jumpa Dr. N?

Friday, July 18, 2008

Basikal ...

Balik dari German, Abang Cik awal-awal lagi dah ingatkan aku supaya membaiki brek basikalnya. Tanpa berlengah aku membaiki brek basikalnya bersama-sama basikal Uda dan basikal isteriku. Sebenarnya aku gembira membaiki basikal tersebut walaupun agak banyak belanja yang dikeluarkan. Dalam kekalutan harga minyak sekarang, basikal merupakan alternatif kepada kenderaan petrol dan diesel bagi perjalanan yang dekat. Aku mengharapkan anak-anakku dapat menggunakannya untuk ke sekolah. Isteriku dapat menggunakannya untuk ke kedai berdekatan. Aku pula dapat menggunakannya untuk berriadah diwaktu petang.
Sebuah kedai basikal di Bandar Pekan, bergampiran pinggiran Sungai Pahang

Seketika teringat pula keadaan di Bremen, German. Di sana begitu banyak basikal. Orang ramai menggunakannya dengan baik dan pelbagai guna. Tak kira tua mahupun muda bahkan kanak-kanak dan juga orang-orang ternama. Mereka menggunakan basikal sebagai kenderaan alternatif selain tram dan kereta. Di Bremen terdapat jalan-jalan khas disediakan bersebelahan dengan jalan kereta dan tram. Kawasan yang tidak berbukit disamping keadaan cuaca yang tidak terlalu panas menjadi basikal begitu popular. Beberapa orang sahabat yang tinggal lama di Bremen juga membeli basikal. Menggunakannya untuk berulang-alik antara rumah dan universiti. Mengapa pula situasi ini tidak popular di Malaysia? Kalaula ada pemimpin yang mencadangkan penggunaan basikal tidaklah perlu diketawakan. Apa yang perlu difikirkan bagaimana kemudahan-kemudahan untuk basikal dipertingkatkan. Kempen guna basikal terdengar juga digegendang telingaku dari corong radio Radio Malaysia Pahang. Dalam hati kecilku mengharapkan semoga kempen ini berjaya ... kempen sihat, selamat dan jimat. Peranan kecil yang memberi impak besar.
Di hadapan sebuah kedai basikal di Bremen, German
Seorang mat saleh German bergaya juga walaupun berbasikal ...
Berada di lorong khas yang disediakan
Basikal juga ada dijual di flohmarkt ... kalau nak beli kena hati-hati sikit. Prof. Spöttle berbasikal ke Uni-Bremen ... 4 km x 2 hala
Basikal roda 3 yang dijadikan teksi pelancong ... di Hamburg