Sunday, June 29, 2008

Malam Terakhir Di Lise-Meitner-Strasse

Malam ini merupakan malam terakhit di Gasterhaus Uni-Bremen, Lise-Metner-Strasse sejak 14 April lalu. Aku terpaksa berkemas ... fikiran masih kurang tenteram. Mana tidaknya hari kepulangan semakin dekat, namun kerja masih belum setle ... Sungguhpun demikian tak lupa tengok EUFA EURO 2008. Malang bagi German, kalah tipis kepada Sepanyol 0-1. Pemain Sepanyol no. 9 Torres menempa nama bagi satu-satunya gol dalam final.
Detik-detik Kemenangan & Kekalahan
Besok aku, Mahazrul dan Kak Rosnah terpaksa check-out berpindah ke hotel yang berdekatan dengan universiti kata mereka. Terpaksa check-out kerana rumah tamu ini telah ditempah penuh. Nasiblah badan ... kena kemas awal. Besok 10 pagi kena keluar ... Barang-barang kena tinggalkan di ITB, balik dari North Tour nanti bari boleh check-in hotel untuk 5 malam lagi.








Ruang tamu ...








Pintu masuk ke Zimmer 2








Lorong masuk ke peraduan






Temapat belajar masak ...
kari, nasi goreng, beriani
dan maggilah..






Depan komputer ... memegang kepala ...
perah-perah kuat-kuat







Alhamdulillah ... selesa... pencetus ilham










Satu-satunya teman di dalam bilikku ...
namun tak pernah ku kenal siapa






Satu-satunya pula tingkap
yang ada ...dual fungsi
...buka senget dan buka penuh.





Dari tingkap ....
Akan jadi kenangan ...
mungkinkah 2010 akan
ketemu lagi?

Thursday, June 26, 2008

Berkunjung Ke Rumah “Raja Lebah”

Hari minggu lepas (23.06.2008) kami di jemput ke rumah Prof. Dr. Peter Gerds. Dia telah bersara daripada ITB Uni-Bremen tapi masih aktif dalam bidang kajian TVET. Bahkan beliau juga adalah 'co-adviser' aku. Untuk ke rumahnya kami naik tram no. 4 dari Haupbahnhof ke penghujung stop, Borgfeld. Lebih kurang 20 minit. Beliau bersama rakannya menjemput kami ke rumahnya menaiki 2 buah kereta. Lebihkurang 15 minit menyusuri jalan-jalan kecil, kiri-kanan jalan kelihatan ladang-ladang kecil, padang ragut, lembu tompok hitam-putih dan kuda-kuda, sampailah kami ke rumahya. Rumahnya dikelilingi pohon-pohon nan menghijau. Kami terus diiring ke belakang rumahnya. Di situlah barulah kami tahu dia sebenarnya “Raja Lebah”. Beliau ni dah pencen tapi masih rajin mengusahakan pemeliharaan lebah. Sebab itu aku panggil “Raja Lebah”. Bila aku kata nak panggil dia begitu, beliau mengelak. Baik jangan, katanya; permaisuri-permaisuri kat dalam kotak hijau tu, tak suka.... Kotak-kotak hijau tu adalah tempat pengumpulan madu lebah.


Keberangkatan Tiba Raja Lebah Bersama-sama Deligasi Panglima-panglima Perut Malaysia

Permulaan Titah Raja Lebah

Silat Dengan Senjata Kidal

Bukan Keris Bukan Tekpi

Panglima Perut Dari Malaysia Tak Pernah Takut

... Hai Peluk Tubuh Aje.


Bila ditanya kenapa beliau yang dah pencen tapi masih bersusah-payah menjaga lebah... beliau berminat katanya. Juga digalakkan oleh kerajaan German. Bukan sahaja untuk komersial tapi juga untuk persekitaran. Lebah-lebah merupakan agen-agen dalam proses pendebungaan. Lebah semakin berkurangan, kurangnya lebah, kuranglah proses pendebungaan, kuranglah pula penghasilan buah-buahan. Satu korelasi yang begitu menarik. Bolehlah kot sesiapa yang nak 'test' hipotesis ini....

Gebengkan Sedikit Cuping Telinga

Dengar Baik-baik Kuliah Raja Lebah


Untuk menjaga lebah memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau perlu mendaftar dan menghadiri beberapa kursus sebelum diizinkan menjaga lebah. Dah habis kuliah lebah barulah kami di jamu dengan berbagai hidangan 'brunch'

Panglima-panglima Perut Malaysia Menunjukkan Kehandalannya ...Mangan-mangan-mangan.

Wes Mangan ... Turu; Wes Turu? ,,,


Selepas selesai bersilat (mangan...lah) ..maka kami pun dibenarkan pulang. Sebelum pulang dihadiahkan pula dengan mmmmm madu ....

Eh ... eh ... sapa ni?

Inilah Permaisuri Raja Lebah.

Rantainya Tertulis 'jim-wau-ha-alif-nun-alif'

Sebut Betul-betul "yo-ha-na"



Tidak Dilupakan ... Kombinasi Nan Indah Di Taman Raja Lebah.

Selain Lebah, Bunga-bungaan, Kolam Dan Kap Turut Menghiasinya.


Duhai Panglima-panglima Semua ...

Madu Ni Mudah Dibawa Balik Ke Malaysia...

"Madu" Lain ... Pandai Ko Oranglah...


Wednesday, June 11, 2008

1 cent…€

Telah menjadi kebiasaan aku terjumpa syiling-syiling di tepi-tepi jalan di Malaysia. Namun setelah 2 bulan di Jerman sukar sekali aku terjumpa syiling-syling di tepi jalan. Suatu petang aku terjumpa syiling 1 cent semasa berjalan-berjalan dekat universum, Bremen. Aku mengambilnya dan aku berhasrat memasukkan dalam album koleksiku. Teringat pula kesah syiling 1 sen di Malaysia. Mungkinkah syiling 1 cent ini akan serupa nasibnya syiling 1 sen di Malaysia? Entahlah ... mungkin juga tidak sebab apabila Jerman menggunakan Euro mulai 1 Januari 2002, syiling-syling ini diedar dan digunakan dalam Zon Euro. Satu zon ekonomi yang cukup luas.






Syiling 1 cent ... di jalanan.


Menurut seorang teman di Jerman pada permulaan pengenalan Euro ada juga orang-orang di Jerman yang tak suka ... alasannya harga barang meningkat naik. Kalau ada suatu barang yang dijual dengan 1 DM kini dijual dengan harga 1 €, sedangakan 1 € lebihkurang 2 DM.






1 DM (1950) dan 2 DMark (1990).


DM tu Deutche Mark lah... matawang lama Jerman. Dah jadi sejarah. Sekarang tidak diedarkan lagi. Mungkin masih boleh diperolehi daripada orang-orang perseorangan atau pun di flohmarkt. Minat punya pasal aku beli juga sekeping 1 DM dan sekeping 2 DM. Kata pak cik yang jual syiling tu 1 DM = 1 €, 2 DM = 2 €. Aku tawar … aku minta 1DM + 2 DM = 2 €. Nasib baik dia bagi.

Deutche Mark yang di pamer di flohmarkt.


Saturday, June 7, 2008

Jual ayam panggang

Hari ini dalam perjalanan balik ke penginapan singgah di stesen tram Wätjenstrasse. Hajatnya nak beli ayam panggang. Sampai di depan pennymarkt tengok-tengok tak nampak pula Brother Ahmad.

Mana perginya Brother Ahmad ni … Gerai kosong .. tak ada orang.

Hai nampak gayanya aku kena ganti ni …

Laa ...pandai ke baiki kereta tu?

Ayam banyak-banyak ni siapa nak jual ?




















Haaa dah siap pun ….

Brother Ahmad dari Lebanon, umur dalam tiga puluhan, anaknya agak ramai kalau tak silap 7 rasanya. Berniaga kat pennymarkt hari Rabu dan Sabtu sahaja. (Rabu 10 pagi sampai 8 malam; Sabtu sampai 6:30 petang sahaja). Pernah juga tanya dia hari lain buat apa? Tidur katanya selamba … sebenarnya dia berniaga kat lain. Bila tiba waktu, dia sembahyang pun dalam van ini.

½ ekor ayam harganya 2.80, kalau seekor 5.60€, kalau 3 belah (1 ½ ekorlah) dia bagi 6.90€. Kentang goreng pun ada 1.50€ satu bungkus. Kalau beli ayam sebelah dengan kentang cuma 4.00€. Mayonis dengan tomato ketchup pun ada.. 0.30€ setiap satu. Aku selalu beli ayam sebelah dengan mayonis ...dia bagi 2.50€ sahaja (kalilah dengan 5 jadi RM7.50). Syukran Brother Ahmad.

Brother Ahmad, aku ingat nak kerja dengan kau lah … nak bawak balik ke Malaysia lebih sedikit … nak tampung kos petrol dan diesel ….

Friday, June 6, 2008

Kereta angin vs petrol/diesel

Hai ...... petrol naik lagi. Diesel pun serupa. Kos nak pergi kerja akan bertambah. Tak boleh ke kereta tu tak payah pakai petrol? Tak payah pakai diesel! Pakai angin sudahlah ... angin kan percuma. Di mana-mana pun ada. Kalau pakai anginkan ... pencemaran pun tak ada.

Mustahil ke ni? Kita kan dah 50 tahun merdeka. Tak kan tak ada lagi saintis yang bijak-bijak. Tak kan tak ada jurutera yang inovatif... Kita kan dah banyak universiti. Tak kan tak boleh kajian dibuat ke arah itu ... Haa kalau perlu, sahabat-sahabat kat ADTEC, IKTBN, GMI, MFI, BMI, JMTI, CIAST dan lain-lain lagi itu pun boleh bantu.

Kita dah ke depan sekarang. Ini bukan mustahil walaupun ianya bukan perkara mudah. Kita ada berbagai jurutera; mekanikal, elektronik, mekatronik, automotif mekatronik dan banyak lagi yang mungkin relevan ...

Mungkinkah kereta angin akan menggantikan kereta petrol dan kereta disel suatu hari nanti di Malaysia? Suatu cabaran untuk generasi sekarang .. aku harap link-link berikut boleh membantu:
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN

Tok wan datang yeeeehhhhhh…

Dalam kesebokan mesyuarat di Geneva sebelum balik ke Malaysia sempat juga tok wan jumpa kami di Bremen. Satu penghormatan buat kami. Bahkan menambah semangat untuk terus berusaha. Teman-teman seperjuangan sempat juga menyediakan hidangan makan tengahari. Lepas tu kita ke restoran lah pula....

Tambah tok wan ... tambahlah lagi


Bilk VIP mensa Uni-Bremen

Restoran Maharaja ... masakan halal ala India di Jerman

Tok wan dah kembali ke Malaysia namun sebelum pulang tok wan sempat juga bagi pesanan ... sekembali nanti mulakan assignment baru.