Keberangkatan Tiba Raja Lebah Bersama-sama Deligasi Panglima-panglima Perut Malaysia
Permulaan Titah Raja Lebah
Silat Dengan Senjata Kidal
Bukan Keris Bukan Tekpi
Panglima Perut Dari Malaysia Tak Pernah Takut
... Hai Peluk Tubuh Aje.
Bila ditanya kenapa beliau yang dah pencen tapi masih bersusah-payah menjaga lebah... beliau berminat katanya. Juga digalakkan oleh kerajaan German. Bukan sahaja untuk komersial tapi juga untuk persekitaran. Lebah-lebah merupakan agen-agen dalam proses pendebungaan. Lebah semakin berkurangan, kurangnya lebah, kuranglah proses pendebungaan, kuranglah pula penghasilan buah-buahan. Satu korelasi yang begitu menarik. Bolehlah kot sesiapa yang nak 'test' hipotesis ini....
Gebengkan Sedikit Cuping Telinga
Dengar Baik-baik Kuliah Raja Lebah
Untuk menjaga lebah memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau perlu mendaftar dan menghadiri beberapa kursus sebelum diizinkan menjaga lebah. Dah habis kuliah lebah barulah kami di jamu dengan berbagai hidangan 'brunch'
Panglima-panglima Perut Malaysia Menunjukkan Kehandalannya ...Mangan-mangan-mangan.
Wes Mangan ... Turu; Wes Turu? ,,,
Selepas selesai bersilat (mangan...lah) ..maka kami pun dibenarkan pulang. Sebelum pulang dihadiahkan pula dengan mmmmm madu ....
Eh ... eh ... sapa ni?
Inilah Permaisuri Raja Lebah.
Rantainya Tertulis 'jim-wau-ha-alif-nun-alif'
Sebut Betul-betul "yo-ha-na"
Tidak Dilupakan ... Kombinasi Nan Indah Di Taman Raja Lebah.
Selain Lebah, Bunga-bungaan, Kolam Dan Kap Turut Menghiasinya.
Duhai Panglima-panglima Semua ...
Madu Ni Mudah Dibawa Balik Ke Malaysia...
"Madu" Lain ... Pandai Ko Oranglah...
No comments:
Post a Comment