Wednesday, June 11, 2008

1 cent…€

Telah menjadi kebiasaan aku terjumpa syiling-syiling di tepi-tepi jalan di Malaysia. Namun setelah 2 bulan di Jerman sukar sekali aku terjumpa syiling-syling di tepi jalan. Suatu petang aku terjumpa syiling 1 cent semasa berjalan-berjalan dekat universum, Bremen. Aku mengambilnya dan aku berhasrat memasukkan dalam album koleksiku. Teringat pula kesah syiling 1 sen di Malaysia. Mungkinkah syiling 1 cent ini akan serupa nasibnya syiling 1 sen di Malaysia? Entahlah ... mungkin juga tidak sebab apabila Jerman menggunakan Euro mulai 1 Januari 2002, syiling-syling ini diedar dan digunakan dalam Zon Euro. Satu zon ekonomi yang cukup luas.






Syiling 1 cent ... di jalanan.


Menurut seorang teman di Jerman pada permulaan pengenalan Euro ada juga orang-orang di Jerman yang tak suka ... alasannya harga barang meningkat naik. Kalau ada suatu barang yang dijual dengan 1 DM kini dijual dengan harga 1 €, sedangakan 1 € lebihkurang 2 DM.






1 DM (1950) dan 2 DMark (1990).


DM tu Deutche Mark lah... matawang lama Jerman. Dah jadi sejarah. Sekarang tidak diedarkan lagi. Mungkin masih boleh diperolehi daripada orang-orang perseorangan atau pun di flohmarkt. Minat punya pasal aku beli juga sekeping 1 DM dan sekeping 2 DM. Kata pak cik yang jual syiling tu 1 DM = 1 €, 2 DM = 2 €. Aku tawar … aku minta 1DM + 2 DM = 2 €. Nasib baik dia bagi.

Deutche Mark yang di pamer di flohmarkt.


1 comment:

KAMATO said...

Agaknya tuan punya blog ni sibuk sangat, sampai tak sempat nak update