Friday, June 6, 2008

Kereta angin vs petrol/diesel

Hai ...... petrol naik lagi. Diesel pun serupa. Kos nak pergi kerja akan bertambah. Tak boleh ke kereta tu tak payah pakai petrol? Tak payah pakai diesel! Pakai angin sudahlah ... angin kan percuma. Di mana-mana pun ada. Kalau pakai anginkan ... pencemaran pun tak ada.

Mustahil ke ni? Kita kan dah 50 tahun merdeka. Tak kan tak ada lagi saintis yang bijak-bijak. Tak kan tak ada jurutera yang inovatif... Kita kan dah banyak universiti. Tak kan tak boleh kajian dibuat ke arah itu ... Haa kalau perlu, sahabat-sahabat kat ADTEC, IKTBN, GMI, MFI, BMI, JMTI, CIAST dan lain-lain lagi itu pun boleh bantu.

Kita dah ke depan sekarang. Ini bukan mustahil walaupun ianya bukan perkara mudah. Kita ada berbagai jurutera; mekanikal, elektronik, mekatronik, automotif mekatronik dan banyak lagi yang mungkin relevan ...

Mungkinkah kereta angin akan menggantikan kereta petrol dan kereta disel suatu hari nanti di Malaysia? Suatu cabaran untuk generasi sekarang .. aku harap link-link berikut boleh membantu:
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN
KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN KERETAANGIN

1 comment:

KAMATO said...

ok, not bad, keep update