Sunday, July 27, 2008
Belut, Keli, Haruan, Puyu Dari Pekan
Friday, July 25, 2008
Anak-anak Didikku ...
Wednesday, July 23, 2008
Jumpa Sahabat
Monday, July 21, 2008
Kembali Bertugas
Pagi-pagi lagi aku dah gerak. Lepas sembahyang subuh terus ke pejabat di Bangunan KWSP Johor Bahru. Bertemu dengan staf-staf yang ku tinggalkan selama 3 bulan. Ada 3 orang staf baru. Pejabatku juga semakin cantik. Ada hiasan bunga hidup, disamping taman mini dengan alunan aliran air. Pantri juga semakin menarik.
Kumulakan semula tugas dengan mesyuarat khas. Alhamdulillah sepanjang peninggalanku mereka telah mengurus perjalanan pejabat dengan baik. SLDN juga menghampiri sasaran. Kini SLDN akan dibincangkan semula oleh ku. Berbagai isu kan ku hadapi. Sempat juga aku melawat 2 buah syarikat yang menjalankan SLDN. Ajla juga memaklumkan akan ada pertambahan dalam SLDN. Besok ada taklimat SLDN di MPC Johor Bahru, Khamis kena jumpa Tok Wan di Kolej Yayasan Melaka .... aku mula sebok .... bila agaknya aku boleh hadir ke UTHM jumpa Dr. N?
Friday, July 18, 2008
Basikal ...
Seorang mat saleh German bergaya juga walaupun berbasikal ...
Berada di lorong khas yang disediakan
Basikal juga ada dijual di flohmarkt ... kalau nak beli kena hati-hati sikit. Prof. Spöttle berbasikal ke Uni-Bremen ... 4 km x 2 hala
Basikal roda 3 yang dijadikan teksi pelancong ... di Hamburg
Wednesday, July 16, 2008
Buah Liar Yang Mungkin Dikomersilkan
Monday, July 14, 2008
Aku Orang Biasa
Longgokan karung-karung plastik yang besar menjadi bukti
Pekan Sehari di Pekan juga dikunjungi oleh pemborong dari luar Pekan
Yang cantik juga boleh ditemui di Pekan Sehari bandar Pekan setiap pagi Sabtu
Medan pertemuan penjaja dan pembeli, pengedar dan pemborong, orang-orang biasa.
Apalah bezanya Pekan Sehari di Bandar Pekan dan flohmarkt di Bremen, Germany?
Batu-batu nan cantik dijual di flohmarkt Bremen
Barangan persendirian juga dijual
Konsep yang tersirat ... barangan terpakai ... recycle
Saturday, July 12, 2008
Pekan dan Bremen, Bandar Pinggiran Sungai
Sekembali dari German, aku berjalan-jalan seketika di Bandar Pekan. Melihat-lihat sekitar bandar kecil ini. Singgah di Riverfront ... teringat pula bandar Bremen. Kelihatan kedua-dua bandar ini ada kesamaan ... bandar pinggiran sungai. Alangkah cantiknya kalau bandar Pekan dapat dibangunkan seperti bandar Bremen.
Bandar Pekan boleh juga dimajukan seperti ini
Bot persiaran di Bremen ...
Boleh juga diwujudkan di Pekan ...
Pelayaran ke Kuala Pahang dan Tasek Chini
Bukan mustahil bandar Pekan dibangunkan seperti bandar Bremen
Friday, July 11, 2008
Jumaat Di Bremen … Dan Di Pekan
Kengan Di Hadapan Masjid Fatih Bremen Germany
Sebelum solat Jumaat, ada ceramah agama dalam Bahasa Turki. Bila sampai waktu azan dilaungkan, kemudian barulah ceramah dihentikan. Aku dan makmum Turki yang lain diajak solat sunat tahyatul masjid. Kelainannya aku solat 2 rakaat ... mereka solat 4 rakaat. Selepas itu khatib membaca khutbah ... khutbahnya ringkas sahaja. Selepas solat, doa tidak dibaca bersama-sama sebaliknya bersendirian. Ramai yang solat sunat selepas solat Jumaat.
Begitulah pemerhatianku ... jauh berjalan luas pandangan. Pun gitu teringat khutbah di Masjid At-Taufiq Peamu Jaya 3, di Pekan yang menegaskan kita umat Islam perlu mendalami segala jenis ilmu pengetahuan untuk memperteguhkan akidah.
Thursday, July 10, 2008
Perjalanan Bremen ke Pekan, Lebih 10,000 km., Lebih 12 jam.
Hari ini aku akan kembali ke Malaysia setelah berada di German sejak 14 April yang lalu. Setelah balik dari Flensburg kena duduk kat Hotel Horner Eiche (tiga bintang) ni selama 5 malam. Setelah mandi, pakai baju dan solat subuh aku timbang beg. Beg besar cukup-cukup 20 kg. Beg kabin juga dekat-dekat 20 kg. Ada satu lagi beg ... beg notrebook. Besar sikit. Hampir sama besar dengan beg kabin. Semua beg aku bawa turun ke lobi hotel. Setelah berlegar-legar sebentardi lobi hotel, pergi ke luar hotel ... tinjauan akhir.
Pukul 6 pagi pembantu dari uni-bremen datang. Loading beg ke dalam van dan kami pun checkout dan beredar ke airport. Di airport jumpa sahabat-sahabat dari Terrhof. Check-in ok aje. Satu saja bagasi. Kemudian kami naik ke atas pemeriksaan keselamatan dan masuk ke ruang menunggu. Seketika datang seorang petugas memberitahu bahawa seorang hanya diizinkan boleh membawa satu beg kabin dan satu beg notebook. Dia kata beg notebook aku besar... itu dianggap satu beg. Jadi dua beg ... tidak diizinkan. Aku diarahkan turun semula ke bawah untuk semakan dikaunter. First semak timbang beg komputer aje dekat 20 kg. Dia kata kena bayar ... kerana berlebihan bagasi . 20 kg X 30 € = 600 €. Aku mengeluh panjang ... aku terpaksa menimbang untuk mengurangkan kepada satu beg. Kemudian dimintanya satu lagi beg ... itupun kena kurangkan.Ku cuba mengurangkan mana yang patut ... dan kembali semula .. timbang semula ... 12 kg. Digelengkan kepala ... aku kata “pleaseeee” ... “no” katanya. Cuba lagi mengurangkan yang lain ... semua makanan yang dijangka untuk dimakan di ruang menunggu bersama rakan-rakan terpaksa dibuang. Quran, dokumen dan blazer aku pegang ditangan. 10 talipinggang ... hampir 10 bungkus coklat ... 3@4 helai alas meja .. bersama beg komputer terpaksa ku tinggalkan ... sungguh terkilan ... Aku cadang nak bagi talipinggang tu kepada Ngah (anak lelaki aku) ...
Keceriaan kini bertukar muram ... aku terasa macam nak nangis ... bahkan aku rasa aku nangis ... hajatku tak kesampaian ...kepala ku sakit menahan sebak ... Sampai di Frankfurt semasa menunggu untuk bergerak ke KLIA baru ku perasan rupanya bukan itu aje yang aku tinggalkan. Aku rupa-rupanya tertinggal satu beg kecil yang amat penting yang mengandungi perbagai gajet notebook aku. Transformer notebook, charger telefon, cable LAN dan yang paling terkilan ... satu hard drive yang mengandungi pelbagai dokumen penting ... terutama gambar-gambar pembinaan Ilham Raudhah ... dan pelbagai dokumen lain yang tak ternilai oleh segunung emas ... oh tuhan ... terkedu aku di buatnya ... jiwaku meraung kuat ... kepalaku sakit menahan sebak ... namun tak tertahan juga ... aku nangis .... pandanganku hanya melihat skrin di depan mata ... yang menggambarkan maklumat perjalanan ... perjalanan yang melebihi 10,000 km dan memakan masa lebih dari 12 jam begitu menyeksakan ....
Skrin Yang Mencuri Pandangan
Hidangan tak terusik .. perutku kosong kemasukan angin ... oh tuhan ,,, ampuni daku ... kenapa dugaan ini dikenakan kepada ku ... tak tertanggung rasanya ... namun ingatan ku tidak putus kepada firman Nya ...Surah Al-Inshirah ..mafhumnya: “Bukankah kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)?; Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu; Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah); Dan kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan pelbagai kemuliaan); Oleh itu, maka (tetapkan kepercayaanmu) bahawa sesungguhnyan tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan; Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan; Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain); Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap... “ Kini aku menaruh harapan. Meminta sesuatu diluar hukum akal dan hukum adat ... namun hatiku terusik juga ... tetap berharap hanya kepada Nya ...
Sampai di rumah, ku kabarkan kepada anak-anak dan isteri ... dan kami bersama-sama mengambil kesimpulan .... bukan rezeki kita ... suatu hari nanti kan diganti dengan yang lebih baik.oleh Allah.. Amin.