Monday, July 14, 2008

Aku Orang Biasa

Sabtu nan lalu aku dan isteri berjalan-jalan di Pekan Sehari di bandar Pekan. Pekan Sehari ini telah diperbesarkan oleh Majlis Daerah Pekan. Terdapat dua bahagian utama, pertama bahagian yang menjual berbagai jenis barangan tekstil dan yang satu lagi barangan pelbagai termasuk makanan, pakaian bundle, kasut bundle dan tak ketinggalan juga barangan lelong oleh Raja Lelong. Sewaktu berjalan-jalan terserempak dengan Kak Ros ... kawan isteriku. Katanya "Encik Uzin pun beli di sini ke?" tanya terkejut. "Ha ...lah" jawab isteriku bersahaja. Dia terkejut, kerana pada beliau, aku sepatutnya berbelanja di gedung-gedung besar dan ternama dengan barangan berjenama. Sebenarnya bukanlah aku tak berminat dengan barangan berjenama ... tetapi aku hanya orang biasa. Yang sama-sama berbelanja di Pekan Sehari di Pekan bahkan semasa di Bremen aku selalu juga mengunjungi flohmarkt. Aku tegaskan dalam diriku ... aku orang biasa.
Deretan gerai-gerai tektil yang menjadi tumpuan semua golongan.
Longgokan karung-karung plastik yang besar menjadi bukti
Pekan Sehari di Pekan juga dikunjungi oleh pemborong dari luar Pekan

Yang cantik juga boleh ditemui di Pekan Sehari bandar Pekan setiap pagi Sabtu

Medan pertemuan penjaja dan pembeli, pengedar dan pemborong, orang-orang biasa.
Apalah bezanya Pekan Sehari di Bandar Pekan dan flohmarkt di Bremen, Germany?
Batu-batu nan cantik dijual di flohmarkt Bremen
Barangan persendirian juga dijual
Konsep yang tersirat ... barangan terpakai ... recycle

No comments: