Friday, July 11, 2008

Jumaat Di Bremen … Dan Di Pekan

Hari ini 11 Julai 2008 hari Jumaat. Setelah bangun mandi dan solat subuh, bersiap menghantar anak ke sekolah, Uda dan Bang Cik. Hantar mereka bersama-sama isteri. Jumpa Abang Wan dan Kak Ja di pintu masuk sekolah. Ajak mereka bersarapan di gerai di hadapan pejabat pertanian. Aku makan nasi impit dengan ayam goreng, minum milo kosong kauuu, menu yang berlainan jika dibandingakan dua, tiga hari yang lepas. Alhamdulillah ... rasa yang lebih menepati selera.

Balik dari sarapan cuba surfing internet ... cuba cari bahan awal mengenai ’evaluation theory’. Namun mata tak tertahan ... sekejap lepas itu aku tidur. Bila aku terkejut semula aku dengar laungan azan pertama dari masjid. Ah ... aku terlewat .. bergegas bangun, mandi sunat dan bersiap. Ngah dan Uda telah pergi dulu ...

Start enjin dan terus ke Masjid At-Taufiq Peramu Jaya 3 Pekan. Solat sunat tahyatul masjid dan dengar khutbah ... Khutbah yang lebih kufahami berbanding dengan 2 minggu yang lalu di Masjid Fatih, Bremen, German. Bila teringat German, teringatlah pengalaman pahit di lapangan terbang Bremen ... namun khutbah hari ini menenangkan hatiku. Daku diperingatkan oleh khatib bahawa setiap yang baik dan yang buruk adalah kudrat Ilahi. Kita insan yang diberi akal hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mengharap rahmatNya. Tidak perlu mempersoalkan takdir yang melanda diri. Ya Allah ampunkan daku ... kasihanilah daku ... doaku tidak putus kepadaMu Ya Allah ...

Khutbah di Pekan sederhana panjang, berbanding di Masjid Fatih yang ringkas. Masjid Fatih adalah salah sebuah masjid komuniti Turki di Bremen. Terletak berhampiran stop Gropelingen, Masjidnya luas, ada kubah dan menara sendiri tetapi laungan azan hanya boleh didengar dalam masjid sahaja. Masjid ni cantik ... luar dan dalam. Masjid ini, bangunannya tunggal tidak seperti masjid lain di Bremen yang selalunya berkongsi ruang dengan bangunan lain.

Kengan Di Hadapan Masjid Fatih Bremen Germany

Sebelum solat Jumaat, ada ceramah agama dalam Bahasa Turki. Bila sampai waktu azan dilaungkan, kemudian barulah ceramah dihentikan. Aku dan makmum Turki yang lain diajak solat sunat tahyatul masjid. Kelainannya aku solat 2 rakaat ... mereka solat 4 rakaat. Selepas itu khatib membaca khutbah ... khutbahnya ringkas sahaja. Selepas solat, doa tidak dibaca bersama-sama sebaliknya bersendirian. Ramai yang solat sunat selepas solat Jumaat.

Suatu Pemandangan Dalam Masjid Fatih Selepas Solat Jumaat

Begitulah pemerhatianku ... jauh berjalan luas pandangan. Pun gitu teringat khutbah di Masjid At-Taufiq Peamu Jaya 3, di Pekan yang menegaskan kita umat Islam perlu mendalami segala jenis ilmu pengetahuan untuk memperteguhkan akidah.

Masjid Fatih telah ku tinggalkan ... dalam tempoh 2 tahun lagi insyaAllah bertemu lagi namun dalam naluriku aku amat teringin pula menziarahi Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan masjid di Baitulmaqdis ... Ya Allah sampaikan hajat dan cita-citaku yang baik ... Amin.

No comments: