Wednesday, July 16, 2008

Buah Liar Yang Mungkin Dikomersilkan

Berjalan-jalan di Pasar Tani Bandar Pekan ... sambil memerhati beberapa jenis buah-buahan yang dijual di Pasar Tani ini. Sekilas terpandang aku sekuntum bunga dan buah yang menjalar liar di pagar berdekatan. Aku menghampirinya dan merakamkan gambarnya. Memang mengagumkan ciptaan Ilahi. Semasa zaman kanak-kanak aku kenali buah ini dengan hanya panggilan buah bulu. Pokoknya menjalar liar. Aku rasa ia satu keluarga dengan buah susu ataupun buah markisa. Cuma bezanya adalah buah susu dan markisa besar dan buah bulu ini kecil sahaja. Yang bermain difikiranku adalah semasa di German, semasa merayau-rayau di pasar terbuka di bandar Bremen aku ternampak 'buah letup' dijual di sini. Terbayang semasa zaman kanak-kanak buah ini ku temui tumbuh liar di dalam belukar. Buah kecil kupetik dan ku makan ... manis dan enak. Mengapa buah yang tumbuh lair di Malaysia boleh dikomersilkan di German yang diimpot dari Afrika? Betullah konsep yang cuba di bawa oleh Pak Lah; 'pertanian itu perniagaan'. Dengan sedikit usaha tambahan dan kreativiti buah liar boleh dimanfaatkan untuk umat manusia.
Bunga dan buah liar yang mungkin dikomersilkan

Pasar terbuka di Bremen, German.
Buah letup dikomersilkan di Bremen, German.
Diimpot dari Afrika. Mengapa tidak dari Malaysia?

No comments: