Friday, July 18, 2008

Basikal ...

Balik dari German, Abang Cik awal-awal lagi dah ingatkan aku supaya membaiki brek basikalnya. Tanpa berlengah aku membaiki brek basikalnya bersama-sama basikal Uda dan basikal isteriku. Sebenarnya aku gembira membaiki basikal tersebut walaupun agak banyak belanja yang dikeluarkan. Dalam kekalutan harga minyak sekarang, basikal merupakan alternatif kepada kenderaan petrol dan diesel bagi perjalanan yang dekat. Aku mengharapkan anak-anakku dapat menggunakannya untuk ke sekolah. Isteriku dapat menggunakannya untuk ke kedai berdekatan. Aku pula dapat menggunakannya untuk berriadah diwaktu petang.
Sebuah kedai basikal di Bandar Pekan, bergampiran pinggiran Sungai Pahang

Seketika teringat pula keadaan di Bremen, German. Di sana begitu banyak basikal. Orang ramai menggunakannya dengan baik dan pelbagai guna. Tak kira tua mahupun muda bahkan kanak-kanak dan juga orang-orang ternama. Mereka menggunakan basikal sebagai kenderaan alternatif selain tram dan kereta. Di Bremen terdapat jalan-jalan khas disediakan bersebelahan dengan jalan kereta dan tram. Kawasan yang tidak berbukit disamping keadaan cuaca yang tidak terlalu panas menjadi basikal begitu popular. Beberapa orang sahabat yang tinggal lama di Bremen juga membeli basikal. Menggunakannya untuk berulang-alik antara rumah dan universiti. Mengapa pula situasi ini tidak popular di Malaysia? Kalaula ada pemimpin yang mencadangkan penggunaan basikal tidaklah perlu diketawakan. Apa yang perlu difikirkan bagaimana kemudahan-kemudahan untuk basikal dipertingkatkan. Kempen guna basikal terdengar juga digegendang telingaku dari corong radio Radio Malaysia Pahang. Dalam hati kecilku mengharapkan semoga kempen ini berjaya ... kempen sihat, selamat dan jimat. Peranan kecil yang memberi impak besar.
Di hadapan sebuah kedai basikal di Bremen, German
Seorang mat saleh German bergaya juga walaupun berbasikal ...
Berada di lorong khas yang disediakan
Basikal juga ada dijual di flohmarkt ... kalau nak beli kena hati-hati sikit. Prof. Spöttle berbasikal ke Uni-Bremen ... 4 km x 2 hala
Basikal roda 3 yang dijadikan teksi pelancong ... di Hamburg

1 comment:

Anonymous said...

Feel good......